Thursday, November 5, 2015

Silent Life

Assalamualaikum..

Tudia lama gila x tulis apa2..

Bz kalah abang jib..hahahha hampeh.. nah belanja satu pic.. akak payung satu!



Hidup MJ dah kembali sunyi sepi sebab fon buat hal. exit semua group chat.. laki MJ senyum ja... bini dia x pegang fon selalu dah.. i call it recovering session..  menyelam sambil minum ayaq.. nuetralising n detoxifiying gitewww... actually  xdk la meroyan mana pun after i left 12 groups chat.. 4 groups ja yg activ berdas das sampai telpon hang.. hahahhaah... #bff #family #gossip #inlaws nampak?

I think i can survive a few days without gadget dah.. statement toyota..hahahahah but seriously.. ada pros n cons la... retracking back my life rhythm..kadang2 kita manusia ter alpa... soon insyaAllah, dapat bl fon baru masuk la blk groups. but definitely bukan ke semuanya la... hahahahah 

LESS DRAMA, LESS HASSLE, MORE TIME, MORE REVIVE

AND

MORE SADO.............

CHIAOS.. 

Hello by Adele sangat best!


Sunday, August 9, 2015

Aku Mek Jah - Berpuisi

Assalamualaikum..

HATI


Wahai hati..
Bermasalahkah kamu?
Galaukah kamu?
Wahai hati apakah yang kamu walangkan?
Kenapakah? Mengapakah?


Maka hati berlagu,
Ya.. Aku gundah..
Wahai sang aksara pembuka bicara.
Aku ini hanya sekeping arca yang tidak kebal tembusnya.
Aku ini rapuh dan tidah teguh.
Aku ini sedang mencari sesuatu yang telah lama hilang,
Aku mencari rindu yang telah lama didendam.
Aku mengenggam kesumat yang tak dapat aku lepaskan,
Aku menanti harap yang pernah dilakarkan.
Apakah aku berdosa?


Ya Rabbi, jauhkanlah aku dari pendustaan ini,
Ya Rabbi, bawalah bilau ini pergi,
Ya Rabbi, hapuskanlah sengsara ini.
Jika terhitung titis air mata ini,tujuh lautan bergelora di dalamnya.
Pedih pilu sendu..
Ya Rahman, Peliharalah arca ampuh ini,
Ya Rahman, Rahmatilah si pemiliknya,
Ya Rahman, Ampunilah si pembawa amanah ini,
Ya Rahman, Ampunilah dosa sang pemotret ini..
Sesungguhnya.. arca ini hanya mengharapkan secebis kasih sayang yang lebih hakiki dari Mu.
Hapuskanlah lara ini..
Amin..Amin..Amin..


Sunday, May 17, 2015

LAGU CINTA - ASMARA (LIRIK)

Di atas perit kau menari
Di atas tangis kau bernyanyi
Kau sayat hatiku dengan cintamu
Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati
Disaat luka kau tak ada
Disaat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu
Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati
Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati
Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati
Disaat luka kau tak ada
Disaat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu
Lagu cinta

Lagu : Lagu Cinta
Artis : Asmara

__________________________________________________________________________________
** Best lagu nih.. Smooth n relax.. Arrangement pun cool.. Lirik lg sempoi... Mj xtau nak post apa. Amek la lirik lagu ni...  Layan jiwang rusty. Chiaoo....

Friday, March 6, 2015

M.A.K

Kasih Mak


6.3.2014

Its been a few months, rutin harian aku berubah. Sejak 11.11.2013, mak di masukkan ke hospital kerana mengalami stroke ke 3.  First attack was 8 years ago yang menyebabkan dia lumpuh di bahagian kaki dan tangan kanan.  2nd pulak on 2012, lidah dia bergulung dan tak boleh berbicara. Sekarang mengalami strok yang ke 3. Di mana, mak berada di dalam koma. Tak sedar. Doktor kata, ada pendarahan di kedua dua belah otak.  Doktor cadangkan untuk menjalani pembedahan akan tetapi tiada peluang untuk pulih seperti biasa. Mak mungkin akan terus koma.With operation or no operation, mak tetap dalam keadaan koma. Both brains totally disfunctioned. Decision has to be made... Kami sepakat 5 adik beradik untuk tidak menjalani operasi. Keputusan yang paling berat pernah aku buat se entire hidup. Bukan tidak mahu merawat mak, tapi peluang itu sangat tipis malah ada risiko yang lebih besar jika kami setuju dengan pembedahan itu. Yang sebenarnya, Doktor kata mak dah tak dah harapan. She's getting worst. Pendarahan tu semakin teruk. Kami hanya perlu berdoa pada Allah untuk mempermudahkan urusan mak. 'DIL & DNR'.  Two new words diperdengarkan. Mak diklasifikasikan sebagai pesakit yang ' Death In Line & Do Not Resassitate'. Atau bahasa yg lebih memahamkan, mak hanya menunggu masa untuk di jemput pulang oleh Allah. How am i suppose to feel? How am i going to sign the paper? Seluruh langit runtuh menghempap dada. Aku tak dapat menanggung rasa sakit dan hiba ini. It tooks me two days to sign the paper. Aku hilang jiwa. Terasa sepi tak bertepi, mak yang aku sayang, yang aku sanjung, yang aku kasihi akan pergi.. pergi buat selamanya..Ya aku bertuah, kerana aku ada peluang yang singkat itu untuk aku manfaatkan secukupnya. Buat seketika aku lemah, namun bila memandangkan tubuh mak yang terbaring kaku di wad C6, aku perlu bangun dan mencari kekuatan. Ajal maut di tangan Tuhan. Biarlah di kali ini, aku merebut peluang ini. Menjaga mak selama mana yang di izinkan. Hampir sebulan lebih aku berkampung di hospital, aku tinggalkan kerja, anak dan suami demi hanya untuk mak.. Tq husband, kerana mengizinkan isteri mu..kerana memahami aku sayang mak..kerana memahami aku mencari keredhaan Allah dan keampunan mak ,

Akhirnya kami memutuskan untuk membawa mak pulang ke rumah. Rumah mak. The place that she really wish to be when the times come. I took  her home. Allah sebaik baik Pelindung. Semuanya berjalan dengan lancar. Mak dah tak perlukan oksigen. Keadaan paru-paru sudah stabil. But still tak sedarkan diri. Doktor ramalkan mungkin mak boleh bertahan dalam sebulan tetapi Kuasa Allah tiada tandingannya. Hampir 3 bulan. Mak masih bertarung nyawa and she is still alive. Keadaan kian merosot seperti yang di jangkakan. Im not that strong, a few complicts between siblings, u know here and there.. Lumrah dalam adik beradik. Dan sebenarnya Allah tengah menduga kami.. itu yang kami sedang hadapi.. kami tak nampak.. but at last We make peace to each other for the sake of Mak..Alhamdulilllah..

Dan di saat ini, aku sedang merenung wajah mak yang kian di mamah usia. Nafas kian tak sekata. Yang pastinya SPO2 mak semakin menurun. Paru- paru dah semakin perlahan.Pagi ini, rasa yang paling aku takuti kembali merudung jiwa. Rasa 'tak sedap hati'. The rasa or instinct yg paling aku nak avoid. Sini sana tak kena. Aku sepatutnya masuk office sekejap untuk settle a few things. But aku patah balik, rasa itu semakin membunuh jiwa. i just wanna be here dengan mak. Please don't leave me yet mak. Im not ready..
Aku bermunajat pada Allah; Jika waktu ini telah tiba Ya Allah, maka bawalah mak pergi dengan cara yang paling halus dan janganlah kau sakitinya. Kau permudahkanlah urusan mak di dunia. Dan... aku bermohon padaMu Ya Allah, hanya secebis peluang, biarlah yang terakhir itu aku berada di sisi mak. Amin. My Last Doa. Itu saja..

Rumah mak tak putus orang datang menziarah mak.  Ayat ayat suci tak putus di laungkan. Usai solat Isyak (malam Jumaat ada bacaan Yassin di surau bawah) aku jemput Ustaz Mokhtar untuk datang membuat bacaan Yassin sekali lagi di dalam rumah. Selesai semua, keadaan mak yang pada asalnya tegang, kian kendur. Nafas kembali senada. Aku bersyukur. Namun rasa itu makin menghimpit rasa.

10.15pm.

Kakak aku yang sulung duduk di hujung katil mak. Aku ada di sisi mak. Kami berdua bungkam sambil memandang wajah mak. Dia nampak tenang seolah tidur. Makin lama aku perhatikan, dada mak sudah tidak berombak. Bingkas aku merapati mak. Lafaz syahadah aku laungkan. " Makkkkkk.. La Ila Ha illaallah..Mak ikut cek mak.." Aku pangku mak.. " Makkkk, La ila Ha illaallah..ikut cek mak..cek tau mak dengaq" Pada Bacaan yang ketiga, aku dengar suara mak.. " Haaaaaa...." Halus di hujung nafas.. Nafas yang terakhir.. Aku periksa nadi dan pernafasannya.. Aku peluk mak sekuat hati.. " Makkkkkkkkkkkkkk.......... Kakna, mak tak dah.. mak tinggai cek dah!!!"  Jantung aku terhenti, tangisan kian kuat... Beratnya hati.. untuk aku lafazkan " Innalillahhi wainna ilaihi rojiun....." Mak dah pergi buat selama lamanya..
 Sekelip mata semua adik beradik yang lain, saudara mara jiran tetangga memenuhi ruang rumah. Aku masih kaku.. Ini lah waktu yang paling aku takuti. Kehilangan! I was there with her till her last breath. Ya Allah, Maha pengampun dosa dosa besar dan Maha Memakbul segala doa.. Aku terjelopok di sudut rumah.. Mak dah pergi.. Pergi buat selamanya... Hanya tangisan yang mengisi ruang.. Bukan menentang takdir, namun hati ini terlalu hiba... Allah..

6.3.2015
It tooks me a year untuk tulis benda ni. Hati tak cukup kental dan kekuatan itu kian luntur saat aku ingin memenakannya. Sukar.Teramat sukar. Satu patah perkataan yang di taip turun bersama titisan air mata rindu. Aku rindu pada mak..  Hari ni aku tekad. To Done the undone..
Aku tahu aku bukan seorang anak yang baik..Tapi semampu mungkin aku pikul tanggungjawab itu. Sedikit pun aku tidak kesalkan.  Dari menjaga mak di hospital hinggalah menjaga mak di rumah, mandikan jenazah mak, dan kafankan mak..Tidak akan aku runguti malah aku lebih sesali, aku belum puas berbakti pada mak.. Jasa mak tidak terbalas, kasih mak tiada galang ganti... Aku rindu gelak tawanya, aku rindu belai manjanya, aku rindu mak menjadi mak.. Aku rindu masakannya, aku rindu semua semuanya... Sejak arwah ba meninggal dunia pada 1997, mak yang menggalas tugas membesarkan kami.. Aku tahu bukan senang untuk mak harungi semuanya. Tapi aku tau mak memang kuat. Mak kuat sebab mak percaya pada kuasa Allah, mak sangat menjaga solatnya, mak sentiasa isikan masanya dengan mengaji..  Subhanallah, Allah hadiahkan aku seorang ibu yang sangat baik.. 3 perkara yang akan selalu aku ingat ' Sad Ba Ro' , ' Ingat Allah', 'Jadi baik'.. The most 3 words yang always comfort my ears. Dari kecik sampai besar.. Waktu jenazah mak di kafankan, ramainya jiran tetangga hadir. I was not expecting  sebegitu ramai. Those feelings were priceless..  Aku senyum dalam duka..  Benarlah kata mak , Buat baik, semuanya akan jadi baik... Buat tak baik, maka tak baiklah semuanya..

ok, Setahun sudah... Moga Mak berada dikalangan orang beriman yang sentiasa dilindungi Allah. Yang kuburnya di hiasi taman bak taman syurga, Yang dijauhi dari azab seksaan kubur, Yang diterangi cahaya keimanan, Yang dilapangkan keadaanya. Moga mak menerima hadiah yang cek hantar saban hari buat mak..Moga hadiah itu menerangi mak.. InsyaAllah.. moga rindu kita bertamu kelak.. Moga Allah mengurniakan Jannatul Firdaus buat mak insan yang paling mulia..Begitu juga buat Arwah Ba, Mak Chak, Tok Wan, Nek, Zul dan seluruh muslimin yang telah pulang kepadaNya, Al Fatihah buat mereka...
Ini bukan anniversary yang perlu di rai, tapi adalah hari yang aku geruni..Mak Bukan Dalam Kenangan, Tetapi Mak terus kekal dalam hati.. sampai mati...Ya, satu hari nanti...

Buat yang masih punya mak, jadilah anak yang terbaik buat mak, berbaktilah pada mak ayah sementara masih berpeluang kerana aku dah takdak peluang itu. You know what, it does not feel good..Really not good! Kosong itu tidak akan berganti walau di gadai harta selori.. Berbaktilah pada orang tua.. Jalan syurga ada pada mereka.. Carilah keredhaan Allah dan restu kedua ibu bapa.. Hidup lebih mulia.. Waallahualam..


**** im not good with words lately. maaf jika ada yang tak kena di mana2, ini hanyalah nukilan dari hati kecil yang merindui Mak.. Tiada kaitan dengan orang lain...

Thursday, February 19, 2015

Terbaik Bagimu - Dato' Siti Nurhaliza

Terbaik Bagimu
http://youtu.be/0AtjQQjlqmU
Rasaku Kamu Ada
Disetiap Sedih Juga Senangku
Rasanya Kamu Sudah
Menjadi Bintang Terang Hidupku

Masih Kurang Rasaku
Mencintai Hatimu
Ingin Aku Jadi Terbaik Bagimu

Masih Kurangkah Aku
Menyayangi Hatimu
Mahu Aku Mengganti Setiap Sukarmu
Dengan Tenang

Rasakan Kamu Ada
Disaat Senyum Juga Tangisku
Rasanya Kamu Sudah
Jadi Yang Terbaik Bagi Aku

Masih Kurang Rasaku
Mencintai Hatimu
Ingin Aku Jadi Terbaik Bagimu

Masih Kurangkah Aku
Menyayangi Hatimu
Mahu Aku Mengganti Setiap Sukarmu

Masih Kurang Rasaku
Mencintai Hatimu
Ingin Aku Jadi Terbaik Bagimu

Masih Kurangkah Aku
Menyayangi Hatimu
Mahu Aku Mengganti Setiap Sukarmu

Masih Kurang Rasaku
Mencintai Hatimu
Ingin Aku Jadi Terbaik Bagimu

Dengan Tenang

<  I dedicated this song to all my sayang2..  Aku Masih Kurang dalam segala segi..Buat Arwah mak, Arwah Ba,Arwah Mak Chak dan semua yg telah pulang ke Pangkuan Dia.Alfatihah.
 Di khaskan buat Nakhoda hidup aku. Kapten yang akan membimbing aku ke jalan syurga. Moga kelak kita tidak terbabas dari landasan. Moga terus mencintai Allah. Kerana Cinta Dia lebih hakiki. Cinta manusia tidak pernah sempurna.>
Nikmatilah lagu  merdu dr Mek ti ni. Cukup rasa untuk menyimpulkan klausa. Mek Jah suka.
Happy CNY! Gong Xi Fa Cai

Friday, February 13, 2015

BELANGSUKAWA : TOK GURU NIK AZIZ

Belangsukawa : ALMARHUM DATO’ BENTARA SETIA TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Suram… Saat menerima perkhabaran ini, hati sayu. Yang di kasihi ramai, yang di sanjungi, yang ilmuwan , yang paling disenangi, yang berjihad ke jalan DIA telah berpulang ke pangkuan Ya Rahman. Heart crush! Tak tau nak explain macam mana. The feeling was so menusuk qalbu.
Im not a PAS member, neither ahli hukum syarak mahupun alim ulama. Tetapi  semua org tau yg aku amat mengagumi tahap ketabahan dan kekentalan Almarhum dalam politik. I used to work for Pro Government punya jentera. But somehow dari sudut penilaian mata, aku sangat mengagumi Almarhum sebagai tokoh politik pada parti lawan. Why?Let it be a secret in my deepest heart.  **Wink

Ayaq mata x henti tumpah. Hati lately cepat tersentuh. Menerima perkhabaran ini umpama satu layer semangat kental telah di bawa pergi. Siaran tv banyak cuba nak capture moment terakhir but terpaksa menghormati permintaan  keluarga. No handphone or media to rakamkan anything.  But through FB ada juga yg sempat selit gambaran berpuluh ribuan umat manusia berpusu pusu menuju ke rumah Almarhum. Allahuakbar, meremang bulu roma.. Siapa Tok Guru Nik Aziz ni?? Kenapa lautan manusia berpusu ingin berkesempatan menatapnya.  Who is he?? He is the man who I call pejuang Fisabilillah. Berjuang berhabis habisan mempertahankan Islam sehingga nafas yang terakhir.Allahuakbar!

Mulianya dia.. Meninggal lepas isyak pada permulaan Saidatul Ayyam Jumaat Al Barakah. Untungnya almarhum.. Moga Allah swt menganjarkan beliau Jannatul Firdaus.  Perginya seorang Ikon Islam di Malaysia. Yang Masyur. Yang Di sayangi. Tunggu giliran kita pula nanti..


Arwah mak pernah kata, nak tau mcm mana Allah beri ganjaran pada orang yang beriman, lihat pada saat kematian dia. Banyak kebesaran DIA yg kita boleh pelajari saat itu. Yang baik, berpusu pusu orang nak ziarah, doa bertalu2 x putus, segala urusan pengurusan akan jd mudah. Indah. Akan banyak yang indah… Betul mak, betul.. I am witnessing it. MasyaAllah.




AL FATIHAH....

Sunday, January 18, 2015

Resepi LAKSA PENANG versi Che HATIA

RESEPI LAKSA PENANG versi CHE HATIA


Salam... Baca heading ja dah buat pecah ayaq liuq dalam mulut. Belum tengok pic lagi, uhhh dan belum rasa lagi.. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... (sengaja nak kasi panjang ayaq liuq)

Seriously, im a big fan of L.A.K.S.A. Orang Penang kata HANTU LAKSA!! Hahahahahahah..  Aku boleh makan bermangkuk2 bertingkat2. Serious. Sangat serious. Tetapi..... ha.... Ianya mestilah laksa yg tersedap n terpower di saentero dunia. Remember, im a food Hunter????( angkat kening berkali2, feeling zena zen. Huhuhuhu Harus!) Memang banyak orang meniaga  laksa. Tapi x semua yg power mawer.

I can highly rekemen kat ampa semua if nak mai penang nak makan laksa yg Halalan Toyyiba 1st ranking dpt kat laksa Pantai Shamrock. Depa meniaga weekend ja. Tpi lani xtau ada lg ka dak. 2nd i bagi kat Laksa Air Itam. Pakcik tu chill ja dia niaga. 3rd i bg laksa padang  kota lama.. sebelah ayaq nyoq kat medan selera situ. Memang taste depa sema sangat 'So' Penang (manis, masam, cukup rasa).

Oleh disebabkan lidah MekJah yg terover demand good taste, i promise to myself yg i akan buat sendiri Laksa Penang. Nope, tak pernah buat seumur hidup!!!Suka makan sahaja, tapi x pernah ada will power nak memasak nya. Sebabnya mind dah di set nak buat laksa memang renyah n payah. So lets assume ini antara misi 2015. To Done The Undone ( betoi ka english aku???) But ni adalah resepi tradisi Makcik i yg walawehhhh.. Mak Cik Hatia!!!

Mari mulakan...........

Bahan Bahan ( Resepi untuk Satu Periuk Besaq - 20 pax)

Laksa - 3 paket ( terserah yg basuh or yg perlu direbus )
Ikan Curut - 2 kilo
Cabai Boh - 1 cawan( ikut kepedasan yg ampa nak la)
Asam Jawa - di cairkan ke 1 mangkuk
Asam Keping - 10 keping
Daun Cenohom - segenggam besaq
Lengkuas - seketul
Serai - 6 batang
Bunga Kantan - 2 batang ( ambil batang sahaja n bebarapa kelopak sahaja) yg bunga habuan                                                     tabuq sebagai hiasan
Bawang Besar -5 biji yg besaq2 ( di kisar halus)

Cara 1 ( Ikan)
Bersihkan Ikan. Rebus ikan sehingga masak. Asingkan air rebusan dan ketepikan. Air itu akan digunakan.  Isi ikan di perisi/ di buang tulang. Ingat ambik isi sahaja. Keseluruhan isi ikan itu di blend sehingga di yakini halus dr mata kasar.

Cara 2  (Memasak Kuah)
1. Isi ikan dicampur gaulkan bersama cabai boh di dalam periuk.  Masukkan sekali serai yg dititik, lengkuas yg di katok2, daun cenohom, batang bunga kantan di katok2, kelopak kantan,asam keping, air asam jawa berserta air ikan. Kacau rata baru buka api dapuq. Didihkan semua bahan.
2. Bila dah mendidih masukkan Bawang besar yg dikisar. Selepas seketika masukkan perasa ( garam, gula, pak aji ) ikutlah rasa lidah ampa. klu kurang masam,tambahkan air asam jawa or asam keping lg. Ampa balance kan mengikut kesesuaian. Kalau terlebih pekat, masukkan air panas lg. Taraaaaa... Kuah siap...

****** AWAS!!! resepi ini akan mengeluarkan BAU bauan yg sangat harum sehingga boleh mendatangkan jiran tetangga ke rumah anda dan bertanya " wahhhhh, masak laksa ka.. wanginya.. sampai rumah kami bau!!!" Anda paham bahasa itu. Tak rugi masak banyak2, boleh bg kat jiran tetangga.kekekeek...

Ampa basuh or rebus laksa. Masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah dan hiaskan dia bersama timun, daun salad, cabai,cabai melaka, bunga kantan. Tuang sikit Otak Udang/ Eko, Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh anda memang seorang tukang masak LAKSA yg handal. Meleleh ayaq liuq. Sila jemput makan bermangkuk2...


                                Gambaq meleleh ni ja yg sempat snap td. Tak sabaq nak telan dah!






                                                 Di antara bahan bahan dia la... ( ihsan google)


Konklusinya, Tak susah pun buat laksa ni. Part yg renyah tu tang nak perisi ikan ja.. Lepas tu umpama main zero point la.. point point dok p dah. I masak benda ni less than an hour. setengah jam gitu. I dah makan 7 mangkuk dr petang sampai tat sat. Hantu kan I??

Selamat mencuba resepi Che Hatia yg simple meletops ini. Ingat ya, masak dari hati baru hasilnya menjadi. InsyaAllah.. Bai Bai.. Wassalam..

Sunday, January 11, 2015

“Think Good, Do Good & Be Good”

Bismillahirrohmanirrohim…

Huwarghhhhhh, lama gila nak masuk 3rd entry ni. Otak ligat nak karang sana sini tapi masa x mengizinkan. Sibuk sana sini mengalahkan Perdana Menteri (he got time to play golf! Ahakss jangan carut mak!) Al maklum lah tahun 2015 ni umpama restart Mom’s career untuk aku. Oh Finally aku jd Emak Sepenuh Masa! Hurmmmm sangat mencabar. Sampai tercabar tercalar emosi akak. Tak mengapa, pekerjaan ini lah yang paling mulia. MekJah kuat, I ken du it!

Lately emosi MekJah banyak terganggu, doing a lot of thinking! Cik Imsonia datang melawat. Dok bertahan n lawan xmo makan ubat. Terbeliak biji mata sampai 4 pagi. Pagi nya jadi kungfu Panda. Oh eyebag sebesaq alam. Ok sudah jom berbalik kepada topic utama kita. 

“Think Good, Do Good & Be Good”


Aku ni dulu sangat negative orangnya, apa yang aku buat akan aku back up kan plan if plan induk x menjadi. Takdak pernah aku pikiq positif.  Semua benda aku back up kan. Ada sampai tahap seorang HAmba Allah ni sound aku pepat kat muka “ Awat u ni negative sangat? Apa yg u pikiq n sebut tu umpama doa. Sebab tu la apa yang u buat semua x menjadi. Dalam otak dok Nampak hasil x menjadi ja. Ubah!!!!”  ha sampai lagu tu la aku kena tengking.. Yang sound bukan calang2 orang. Terpempam seketika umpama kena langgar dengan treller siput babi.  Dayuummmm…

Makanya,Sejak dari itu lah aku mula mencari, menggali, menggerudi the power of being a POSITIVE person. Bukan mudah! Susah! Sebabnya aku dah terjebak jauh kedalam lombong negative. Zarah2 menarik2 aku supaya jangan berubah. Aku kutip sikit2, dari semua org yg aku jumpa yg aku rasa depa ‘world’, yang cool, yang beriman, yang baik dan yang chillax. But still x boleh mengubahkan aku. Masih ada negative macam dulu.

Sampai la satu hr tu aku terbuka tv, aku tertengok satu program by Prof Dr Muhaya! Yes she did totally changed my way of thinking in handling situation.  Think Good, Do Good & Be Good.Tusuk dalam hati yg paling kecil. Jarang sekali aku layan program motivasi islam ni. Ternganga la aku depan Tv.  Aku dah jumpa formula yg aku cari2 selama ni. Yes, I did.

Think Good : Pikiq yang baik2. Jaga Nawaitu. Jangan Pikiq yang bukan2.

Do Good : Bila dah pikiq yang baik2, makanya perbuatan kita automatic akan jd baik!

Be Good : Hat ni kita x payah buat apa. Kalau amalkan dua yg di atas, secara rasminya kita akan jadi orang yang baik!


MasyaAllah , betapa simple punya solusi, umuq 30 tahun br nak dapat nikmat mcm ni. Subhanallah.. Benarlah janji Allah, jika hati mencari kebaikan, maka terhidanglah segala kebaikan di hadapan mata. Walau di timpa musibah, yang di lihat juga adalah kebaikan bukan kecelakaan. Allah. Patut arwah mak slalu pesan.Sabar, Jaga niat.  Hurmmmmm.. lambat pick up!

Orang yang positif ni, dia lihat semua perkara positif. Apa situasi sekali pun lah. Contoh macam banjir baru2 ni kat kelantan, Tertengok satu pic makcik yg solat atas atap zink. Umah dia habis hanyut di bawa arus. Dia minta sepasang telekong n sejadah ja nak buat sembahyang. Allah.. Berderai air mata aku.. "Sikit saja Ujian ni dr Allah, mokcik Redha." Oh mokcik.. kuatnya Iman Mokcik! Ni crita benar dr page YM Raja Shamri. Aku menangis teresak2  kat laki aku. Rasa diri kecik gila.. Ya, mungkin aku x sampai lagi level tu, tp Alhamdulillah. Kesedaran yg cenggitu yg aku perlukan. Makanan jiwa. Selalu khilaf dan bersyukur pada Allah, Tuhan pemberi segala Nikmat! Moga hubungan aku dengan Allah swt juga turut terpelihara. 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, kerana dengan itu pemikiran aku totally switch 360 degree, aku lbh banyak bersabar, tidak bergopoh, lebih banyak penaakulan, dan lebih lebih lebih sensitipnya. Sebenarnya kan,  hati lebih tenang.. lebih cool… lebih cepat terusik.. lebih cepat mentiskan air mata.. Hati kecil mula memainkan peranan. Hurmmmm..

Hokey lah.. I strongly recommend usrah n program by Prof Dr Muhaya. Kepada yang sedang mencari2 jawapan realistic tentang kehidupan di zaman moden berkonsepkan Islam Yang Benar boleh lah merujuk kepada program Prof or buku2 dia yg banyak di jual di MPH or Popular BookStore. Bagi aku, penyampaian dia sangat mudah, senang di pahami, dan senang untuk dipraktikkan. Moga Allah berikan ganjaran buat Prof untuk ilmu dan hidayah ini. InsyaAllah MekJAh akan manfaatkan ilmu ini sebaik mungkin. Amin.

“ Carilah hidayah untuk menuju kepada Allah, kerana Janji Allah adalah benar”


Barakallahu feekum.