RESEPI LAKSA PENANG versi CHE HATIA
Salam... Baca heading ja dah buat pecah ayaq liuq dalam mulut. Belum tengok pic lagi, uhhh dan belum rasa lagi.. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... (sengaja nak kasi panjang ayaq liuq)
Seriously, im a big fan of L.A.K.S.A. Orang Penang kata HANTU LAKSA!! Hahahahahahah.. Aku boleh makan bermangkuk2 bertingkat2. Serious. Sangat serious. Tetapi..... ha.... Ianya mestilah laksa yg tersedap n terpower di saentero dunia. Remember, im a food Hunter????( angkat kening berkali2, feeling zena zen. Huhuhuhu Harus!) Memang banyak orang meniaga laksa. Tapi x semua yg power mawer.
I can highly rekemen kat ampa semua if nak mai penang nak makan laksa yg Halalan Toyyiba 1st ranking dpt kat laksa Pantai Shamrock. Depa meniaga weekend ja. Tpi lani xtau ada lg ka dak. 2nd i bagi kat Laksa Air Itam. Pakcik tu chill ja dia niaga. 3rd i bg laksa padang kota lama.. sebelah ayaq nyoq kat medan selera situ. Memang taste depa sema sangat 'So' Penang (manis, masam, cukup rasa).
Oleh disebabkan lidah MekJah yg terover demand good taste, i promise to myself yg i akan buat sendiri Laksa Penang. Nope, tak pernah buat seumur hidup!!!Suka makan sahaja, tapi x pernah ada will power nak memasak nya. Sebabnya mind dah di set nak buat laksa memang renyah n payah. So lets assume ini antara misi 2015. To Done The Undone ( betoi ka english aku???) But ni adalah resepi tradisi Makcik i yg walawehhhh.. Mak Cik Hatia!!!
Mari mulakan...........
Bahan Bahan ( Resepi untuk Satu Periuk Besaq - 20 pax)
Laksa - 3 paket ( terserah yg basuh or yg perlu direbus )
Ikan Curut - 2 kilo
Cabai Boh - 1 cawan( ikut kepedasan yg ampa nak la)
Asam Jawa - di cairkan ke 1 mangkuk
Asam Keping - 10 keping
Daun Cenohom - segenggam besaq
Lengkuas - seketul
Serai - 6 batang
Bunga Kantan - 2 batang ( ambil batang sahaja n bebarapa kelopak sahaja) yg bunga habuan tabuq sebagai hiasan
Bawang Besar -5 biji yg besaq2 ( di kisar halus)
Cara 1 ( Ikan)
Bersihkan Ikan. Rebus ikan sehingga masak. Asingkan air rebusan dan ketepikan. Air itu akan digunakan. Isi ikan di perisi/ di buang tulang. Ingat ambik isi sahaja. Keseluruhan isi ikan itu di blend sehingga di yakini halus dr mata kasar.
Cara 2 (Memasak Kuah)
1. Isi ikan dicampur gaulkan bersama cabai boh di dalam periuk. Masukkan sekali serai yg dititik, lengkuas yg di katok2, daun cenohom, batang bunga kantan di katok2, kelopak kantan,asam keping, air asam jawa berserta air ikan. Kacau rata baru buka api dapuq. Didihkan semua bahan.
2. Bila dah mendidih masukkan Bawang besar yg dikisar. Selepas seketika masukkan perasa ( garam, gula, pak aji ) ikutlah rasa lidah ampa. klu kurang masam,tambahkan air asam jawa or asam keping lg. Ampa balance kan mengikut kesesuaian. Kalau terlebih pekat, masukkan air panas lg. Taraaaaa... Kuah siap...
****** AWAS!!! resepi ini akan mengeluarkan BAU bauan yg sangat harum sehingga boleh mendatangkan jiran tetangga ke rumah anda dan bertanya " wahhhhh, masak laksa ka.. wanginya.. sampai rumah kami bau!!!" Anda paham bahasa itu. Tak rugi masak banyak2, boleh bg kat jiran tetangga.kekekeek...
Ampa basuh or rebus laksa. Masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah dan hiaskan dia bersama timun, daun salad, cabai,cabai melaka, bunga kantan. Tuang sikit Otak Udang/ Eko, Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh anda memang seorang tukang masak LAKSA yg handal. Meleleh ayaq liuq. Sila jemput makan bermangkuk2...
Gambaq meleleh ni ja yg sempat snap td. Tak sabaq nak telan dah!
Di antara bahan bahan dia la... ( ihsan google)
Konklusinya, Tak susah pun buat laksa ni. Part yg renyah tu tang nak perisi ikan ja.. Lepas tu umpama main zero point la.. point point dok p dah. I masak benda ni less than an hour. setengah jam gitu. I dah makan 7 mangkuk dr petang sampai tat sat. Hantu kan I??
Selamat mencuba resepi Che Hatia yg simple meletops ini. Ingat ya, masak dari hati baru hasilnya menjadi. InsyaAllah.. Bai Bai.. Wassalam..
No comments:
Post a Comment