Monday, April 15, 2019

RESEPI AGLIO OLIO SIMPLE & SEDAP






RESEPI AGLIO OLIO SIMPLE & SEDAP

(4-5 PAX)

BAHAN
  • ·         SPAGETTHI (SEBUNGKUS) suka hati brand apa pun.
  • ·         OLIVE OIL (AGAK- AGAK)
  • ·         UDANG (suka hati-kopek kulit)
  • ·         CHILLI FLAKES (satu sudu besar)
  • ·         BAWANG PUTIH ( 5 ulas- hiris hiris)
  • ·         BAWANG HOLAND ( 1 BIJI- hiris hiris)
  • ·         SERBUK LADA HITAM
  • ·         CAPSICUM/MUSHROOM (optional-nak letak or tak,suka hati)
  • ·         DAUN ENGLISH PARSLEY FRESH(Chop2 halus – kasi warna yg menarik/ 2 sudu besar) Tesco banyak jual daun ni, area English Herbs,murah jeww


CARA  1
  • ·         REBUS SPAGETTHI – TOS DAN ASINGKAN ( jangan overcook-lembik  xsedap nanti)


CARA 2 (Kaedah masakan ini sangat laju...fast & furios)
  • ·         PANASKAN OLIVE OIL DALAM  3-4 SUDU BESAR
  • ·         DAH PANAS MASUK BAWANG PUTIH – GAUL HINGGA NAIK BAU (jangan hangit)
  • ·         MASUK UDANG ,BAWANG HOLLAND, CHILLI FLAKES– GORENG SEHINGGA UDANG MASAK
  • ·         MASUK CAPSICUM OR MUSHROOM – GAUL SEKETIKA MASUK SPAGETTHI
  • ·         MASUK SERBUK LADA HITAM, GARAM, SECUKUP RASA(optional) GAUL RATA SEHINGGA SEBATI *** taste lah ikut tekak masing-masing..rasa kurang tambahlah ikut kesesuaian
  • ·         TABUR ENGLISH PARSLEY – GAUL MESRA..... itsssssss DONE..
  • ·         PLATING CANTIK CANTIK, CARI LIGHTING ON POINT, SNAP, POST LAHHHHH
  • ·         JANGAN LUPA MAKAN.... KEKKEKEKEKE



**** RESEPI NI TAK PEDAS, KIDS PUN BOLEH MAKAN..TAK COMPLICATED NAK LETAK KIUB AYAM, OR SOS TIRAM.. BAGI YANG SUKA PEDAS, MASUK LAH CILI PADI.. NI RESEPI MINAH SALLEH..TASTE DIA KENA RINGAN AND SEDAP TU DARI UDANG AND OLIVE OIL..VERY THE FASTER.. OK, KLU TAKDAK OLIVE OIL, MINYAK MASAK BIASA PUN BOLEH, TAPI JANGAN BANYAK SANGAT LAH.... KONSEP MEKJAH CEPAT MUDAH & KENYANG.. MEKJAH HALALKAN RESEPI NI....SELAMAT MENCUBA..



#aglioolio #mekjahmasak #resepiaglioolio #pastalover

Friday, April 12, 2019

TENANG CARA AKU

11 April 2019

Setahun? Dua tahun? 3 tahun?
Lama kau hilang Jahhhhhh... Hahhahahah
Duduk dalam gua lama sangat uiii..
Hurmmmmm...

Bismillahirohmanirrahim..

RESEPI HIDUP TENANG  *CARA AKU*

1. Yang plg penting, jauhkan diri dari Manusia Manusia yang NEGATIF.
     ** Senang saja nak spot golongan ni.. Kalau sembang2 tu, golongan ini akan sentiasa tidak berpuas hati dengan sesiapa sahaja.Sentiasa rasa dirinya betul, Sentiasa dengki or etc.. Jauh-Jauhkan diri anda ya.. Dugaan yg pertama nak hidup tenang adalah datang dr golongan ini... Tak perlu benci pun dorang, just keep the distance..sbbnya, kita x dpt berubah selagi kita berada di dalam golongan kaum ini.. kuasa negatif itu seolah-olah menarik2 kita untuk turut jd negatif.The best solution..Jarak...

2. Uruskan teknik pemikiran
** Yang penting sahaja hang simpan dalam otak..Yang x penting dash-it away.....bahasa ilmiah - Kelas/bahagikan minda dengan teratur. Dulu aku pikiq banyak sangat.Masalah org pun jadi masalah aku, entah apa2 mekjah ni.. macam best sngt! Hahahahah..Entah since bila aku boleh master skill ni, maybe masa aku kerja dengan LAdyBoss aku dulu kot.. Masalah dunia dia boleh tepis dengan hujung jari ja. Champion detu..Terkesima aku.. Result step ni sangat memberangsangkan.. Rasa Otak jd lapang.. Tak semak..Rileks.. Level Pemahaman dan Penaakulan pun semakin meningkat. Positif.

3. Ni Teknik Yang WAJIBBBBBBBULLLL buat!
** SoLaT, SolaT, sOlaT,........ Jangan tinggal solat.. Solat adalah kunci segala ketenangan...Solat adalah kunci kebahagian..Solat adalah cara kita connect dengan Allah SWT.. the only way..From Solat kita akan build up inner strenght kita..kita akan lebih yakin dan faham erti kehidupan..
SOLAT is perbuatan yang Positif yang menghasilkan banyak faedah! Mula2 memang struggle sbb aku bukan baik sangat. solat tunggang langgang woi.. Entah macam mana, aku pun tak tau.. dari paksa diri solat, lani Alhamdulillah.. Dan dari solat aku rasa aku lbh muhasabah and wasathiah...Dan aku dapat lihat banyak benda Indah....Best.... ( aku x sempurna weh..jauh lagi BAIKnya..tapi aku masih mencuba dan terus mencari)

4. DOA
** DOA adalah senjata yg paling tajam. DOa doa doa doa doa....jangan stop Doa.. Jangan putus harap dengan Allah SWT. DOa doa doa doa dan doa.....terus Doa..apa2 sahaja..ALLAH Maha Mendengar, Maha Mengasihi, Dan Maha Menyayangi... Kau akan jadi yg baik2 sahaja.. Kau akan buat yang baik2 sahaja..Semuanya akan baik2... In ALLAH we must Trust...Have Faith in Allah.. Berbaik sangka lah pada ALLAH.. (kawan aku slalu cakap, Husnuzon Jahhh...betoi kata dia..) SETUJU!

^^^^^^ p/s : Kurangkan bawang2 la ya noksssss.... macam mana nak tenang klu dok membawang jer kerjo kawww... Hidup adalah Pilihan... Kau Pilih untuk Bahagia, Atau Kau pilih untuk derita.. Dugaan datang bersama solusinya.. Remember Allah is GREAT! DIA tak pernah menghampakan HambaNYA....  Wassalam....

Thursday, January 21, 2016

RESEPI :ROAST CHICKEN MELETOP ( AYAM PANGGANG OVEN)
Roast Chicken Simple by MJ
Bahan:
1.      Seekor ayam (di cuci bersih bahagian dalam)
2.      Lada hitam kisar
3.      Garam secukup rasa.
4.      Mixed herbs dan Daun Dil ( kat tesco banyak jual)
5.      Serbuk cili 1 sudu kecil
6.      Bawang putih selabu ( dikatok2 tanpa buang kulit)
7.      Bawang merah sebiji ( di potong 4 )
8.      Carrot 2 batang (di potong memanjang)
9.      Ubi kentang 4 biji. (di potong 4)
10.   Minyak zaitun 4 sudu besar

Cara memasak :

1.      Sediakan satu mangkuk. Masukkan minyak zaitun, lada hitam,mix herbs, daun dil, bawang putih,bawang merah,carrot, ubi, dan garam. Gaul rata. Biarkan 5 minit untuk semua bahan mesra alam.

2.      Ayam di lumur lada ,garam, serbuk cili.. sapu rata di bahagian luar dan dalam ayam. Ayam di letakkan di atas tray nak membakar.

3.      Tuang bahan dalam mangkuk ke atas ayam.kesemua Bawang putih, bawang merah, dan sedikit carrot di sumbat ke dalam bahagian ayam. Dan tutup bahagian itu.
4.      Setelah menyusun lebihan carrot dan ubi sedia untuk di bakar pada suhu  170 darjah celcius (heat atas bawah) menggunakan oven. Selama 1 jam 30 minit. ( u olls bajet2 tengok masak ke idak. Lain oven lain kaedahnya.)

5.      Selepas siap di bakaq, petua orang putih la.. jangan di potong ayam itu.. biarkan dia merehatkan diri 30 minit ke atas. Baru potong. Baru jus n isi dia tender.. vavavom.. sila rujuk gambaq nah.. MJ buat coleslaw dan kuah creamy black pepper. Ala2 ayam Daves Deli gitu..
Selamat Mencoba.. Kalau suka.boleh share. Mj halalkan.



kaedah susunan MJ. i lapik aliminium foil supaya senang nak mencuci. 



Meletops..Bila dah siap di bakaq..resting process..ada jus ayam, MJ guna buat masak sauce dia



Siap untuk di makan,, presentation MJ ala2 ja,, x brapa kebabom.. yang penting sedap, puas hati,.seekor ayam mmg x jadi apa.. family MJ gila ayam..kekeke..

Selamat mencuba.. boleh refer #MekJahMasak kat ig..
#Alhamdulillah

Thursday, November 5, 2015

Silent Life

Assalamualaikum..

Tudia lama gila x tulis apa2..

Bz kalah abang jib..hahahha hampeh.. nah belanja satu pic.. akak payung satu!



Hidup MJ dah kembali sunyi sepi sebab fon buat hal. exit semua group chat.. laki MJ senyum ja... bini dia x pegang fon selalu dah.. i call it recovering session..  menyelam sambil minum ayaq.. nuetralising n detoxifiying gitewww... actually  xdk la meroyan mana pun after i left 12 groups chat.. 4 groups ja yg activ berdas das sampai telpon hang.. hahahhaah... #bff #family #gossip #inlaws nampak?

I think i can survive a few days without gadget dah.. statement toyota..hahahahah but seriously.. ada pros n cons la... retracking back my life rhythm..kadang2 kita manusia ter alpa... soon insyaAllah, dapat bl fon baru masuk la blk groups. but definitely bukan ke semuanya la... hahahahah 

LESS DRAMA, LESS HASSLE, MORE TIME, MORE REVIVE

AND

MORE SADO.............

CHIAOS.. 

Hello by Adele sangat best!


Sunday, August 9, 2015

Aku Mek Jah - Berpuisi

Assalamualaikum..

HATI


Wahai hati..
Bermasalahkah kamu?
Galaukah kamu?
Wahai hati apakah yang kamu walangkan?
Kenapakah? Mengapakah?


Maka hati berlagu,
Ya.. Aku gundah..
Wahai sang aksara pembuka bicara.
Aku ini hanya sekeping arca yang tidak kebal tembusnya.
Aku ini rapuh dan tidah teguh.
Aku ini sedang mencari sesuatu yang telah lama hilang,
Aku mencari rindu yang telah lama didendam.
Aku mengenggam kesumat yang tak dapat aku lepaskan,
Aku menanti harap yang pernah dilakarkan.
Apakah aku berdosa?


Ya Rabbi, jauhkanlah aku dari pendustaan ini,
Ya Rabbi, bawalah bilau ini pergi,
Ya Rabbi, hapuskanlah sengsara ini.
Jika terhitung titis air mata ini,tujuh lautan bergelora di dalamnya.
Pedih pilu sendu..
Ya Rahman, Peliharalah arca ampuh ini,
Ya Rahman, Rahmatilah si pemiliknya,
Ya Rahman, Ampunilah si pembawa amanah ini,
Ya Rahman, Ampunilah dosa sang pemotret ini..
Sesungguhnya.. arca ini hanya mengharapkan secebis kasih sayang yang lebih hakiki dari Mu.
Hapuskanlah lara ini..
Amin..Amin..Amin..


Sunday, May 17, 2015

LAGU CINTA - ASMARA (LIRIK)

Di atas perit kau menari
Di atas tangis kau bernyanyi
Kau sayat hatiku dengan cintamu
Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati
Disaat luka kau tak ada
Disaat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu
Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati
Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati
Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati
Disaat luka kau tak ada
Disaat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu
Lagu cinta

Lagu : Lagu Cinta
Artis : Asmara

__________________________________________________________________________________
** Best lagu nih.. Smooth n relax.. Arrangement pun cool.. Lirik lg sempoi... Mj xtau nak post apa. Amek la lirik lagu ni...  Layan jiwang rusty. Chiaoo....

Friday, March 6, 2015

M.A.K

Kasih Mak


6.3.2014

Its been a few months, rutin harian aku berubah. Sejak 11.11.2013, mak di masukkan ke hospital kerana mengalami stroke ke 3.  First attack was 8 years ago yang menyebabkan dia lumpuh di bahagian kaki dan tangan kanan.  2nd pulak on 2012, lidah dia bergulung dan tak boleh berbicara. Sekarang mengalami strok yang ke 3. Di mana, mak berada di dalam koma. Tak sedar. Doktor kata, ada pendarahan di kedua dua belah otak.  Doktor cadangkan untuk menjalani pembedahan akan tetapi tiada peluang untuk pulih seperti biasa. Mak mungkin akan terus koma.With operation or no operation, mak tetap dalam keadaan koma. Both brains totally disfunctioned. Decision has to be made... Kami sepakat 5 adik beradik untuk tidak menjalani operasi. Keputusan yang paling berat pernah aku buat se entire hidup. Bukan tidak mahu merawat mak, tapi peluang itu sangat tipis malah ada risiko yang lebih besar jika kami setuju dengan pembedahan itu. Yang sebenarnya, Doktor kata mak dah tak dah harapan. She's getting worst. Pendarahan tu semakin teruk. Kami hanya perlu berdoa pada Allah untuk mempermudahkan urusan mak. 'DIL & DNR'.  Two new words diperdengarkan. Mak diklasifikasikan sebagai pesakit yang ' Death In Line & Do Not Resassitate'. Atau bahasa yg lebih memahamkan, mak hanya menunggu masa untuk di jemput pulang oleh Allah. How am i suppose to feel? How am i going to sign the paper? Seluruh langit runtuh menghempap dada. Aku tak dapat menanggung rasa sakit dan hiba ini. It tooks me two days to sign the paper. Aku hilang jiwa. Terasa sepi tak bertepi, mak yang aku sayang, yang aku sanjung, yang aku kasihi akan pergi.. pergi buat selamanya..Ya aku bertuah, kerana aku ada peluang yang singkat itu untuk aku manfaatkan secukupnya. Buat seketika aku lemah, namun bila memandangkan tubuh mak yang terbaring kaku di wad C6, aku perlu bangun dan mencari kekuatan. Ajal maut di tangan Tuhan. Biarlah di kali ini, aku merebut peluang ini. Menjaga mak selama mana yang di izinkan. Hampir sebulan lebih aku berkampung di hospital, aku tinggalkan kerja, anak dan suami demi hanya untuk mak.. Tq husband, kerana mengizinkan isteri mu..kerana memahami aku sayang mak..kerana memahami aku mencari keredhaan Allah dan keampunan mak ,

Akhirnya kami memutuskan untuk membawa mak pulang ke rumah. Rumah mak. The place that she really wish to be when the times come. I took  her home. Allah sebaik baik Pelindung. Semuanya berjalan dengan lancar. Mak dah tak perlukan oksigen. Keadaan paru-paru sudah stabil. But still tak sedarkan diri. Doktor ramalkan mungkin mak boleh bertahan dalam sebulan tetapi Kuasa Allah tiada tandingannya. Hampir 3 bulan. Mak masih bertarung nyawa and she is still alive. Keadaan kian merosot seperti yang di jangkakan. Im not that strong, a few complicts between siblings, u know here and there.. Lumrah dalam adik beradik. Dan sebenarnya Allah tengah menduga kami.. itu yang kami sedang hadapi.. kami tak nampak.. but at last We make peace to each other for the sake of Mak..Alhamdulilllah..

Dan di saat ini, aku sedang merenung wajah mak yang kian di mamah usia. Nafas kian tak sekata. Yang pastinya SPO2 mak semakin menurun. Paru- paru dah semakin perlahan.Pagi ini, rasa yang paling aku takuti kembali merudung jiwa. Rasa 'tak sedap hati'. The rasa or instinct yg paling aku nak avoid. Sini sana tak kena. Aku sepatutnya masuk office sekejap untuk settle a few things. But aku patah balik, rasa itu semakin membunuh jiwa. i just wanna be here dengan mak. Please don't leave me yet mak. Im not ready..
Aku bermunajat pada Allah; Jika waktu ini telah tiba Ya Allah, maka bawalah mak pergi dengan cara yang paling halus dan janganlah kau sakitinya. Kau permudahkanlah urusan mak di dunia. Dan... aku bermohon padaMu Ya Allah, hanya secebis peluang, biarlah yang terakhir itu aku berada di sisi mak. Amin. My Last Doa. Itu saja..

Rumah mak tak putus orang datang menziarah mak.  Ayat ayat suci tak putus di laungkan. Usai solat Isyak (malam Jumaat ada bacaan Yassin di surau bawah) aku jemput Ustaz Mokhtar untuk datang membuat bacaan Yassin sekali lagi di dalam rumah. Selesai semua, keadaan mak yang pada asalnya tegang, kian kendur. Nafas kembali senada. Aku bersyukur. Namun rasa itu makin menghimpit rasa.

10.15pm.

Kakak aku yang sulung duduk di hujung katil mak. Aku ada di sisi mak. Kami berdua bungkam sambil memandang wajah mak. Dia nampak tenang seolah tidur. Makin lama aku perhatikan, dada mak sudah tidak berombak. Bingkas aku merapati mak. Lafaz syahadah aku laungkan. " Makkkkkk.. La Ila Ha illaallah..Mak ikut cek mak.." Aku pangku mak.. " Makkkk, La ila Ha illaallah..ikut cek mak..cek tau mak dengaq" Pada Bacaan yang ketiga, aku dengar suara mak.. " Haaaaaa...." Halus di hujung nafas.. Nafas yang terakhir.. Aku periksa nadi dan pernafasannya.. Aku peluk mak sekuat hati.. " Makkkkkkkkkkkkkk.......... Kakna, mak tak dah.. mak tinggai cek dah!!!"  Jantung aku terhenti, tangisan kian kuat... Beratnya hati.. untuk aku lafazkan " Innalillahhi wainna ilaihi rojiun....." Mak dah pergi buat selama lamanya..
 Sekelip mata semua adik beradik yang lain, saudara mara jiran tetangga memenuhi ruang rumah. Aku masih kaku.. Ini lah waktu yang paling aku takuti. Kehilangan! I was there with her till her last breath. Ya Allah, Maha pengampun dosa dosa besar dan Maha Memakbul segala doa.. Aku terjelopok di sudut rumah.. Mak dah pergi.. Pergi buat selamanya... Hanya tangisan yang mengisi ruang.. Bukan menentang takdir, namun hati ini terlalu hiba... Allah..

6.3.2015
It tooks me a year untuk tulis benda ni. Hati tak cukup kental dan kekuatan itu kian luntur saat aku ingin memenakannya. Sukar.Teramat sukar. Satu patah perkataan yang di taip turun bersama titisan air mata rindu. Aku rindu pada mak..  Hari ni aku tekad. To Done the undone..
Aku tahu aku bukan seorang anak yang baik..Tapi semampu mungkin aku pikul tanggungjawab itu. Sedikit pun aku tidak kesalkan.  Dari menjaga mak di hospital hinggalah menjaga mak di rumah, mandikan jenazah mak, dan kafankan mak..Tidak akan aku runguti malah aku lebih sesali, aku belum puas berbakti pada mak.. Jasa mak tidak terbalas, kasih mak tiada galang ganti... Aku rindu gelak tawanya, aku rindu belai manjanya, aku rindu mak menjadi mak.. Aku rindu masakannya, aku rindu semua semuanya... Sejak arwah ba meninggal dunia pada 1997, mak yang menggalas tugas membesarkan kami.. Aku tahu bukan senang untuk mak harungi semuanya. Tapi aku tau mak memang kuat. Mak kuat sebab mak percaya pada kuasa Allah, mak sangat menjaga solatnya, mak sentiasa isikan masanya dengan mengaji..  Subhanallah, Allah hadiahkan aku seorang ibu yang sangat baik.. 3 perkara yang akan selalu aku ingat ' Sad Ba Ro' , ' Ingat Allah', 'Jadi baik'.. The most 3 words yang always comfort my ears. Dari kecik sampai besar.. Waktu jenazah mak di kafankan, ramainya jiran tetangga hadir. I was not expecting  sebegitu ramai. Those feelings were priceless..  Aku senyum dalam duka..  Benarlah kata mak , Buat baik, semuanya akan jadi baik... Buat tak baik, maka tak baiklah semuanya..

ok, Setahun sudah... Moga Mak berada dikalangan orang beriman yang sentiasa dilindungi Allah. Yang kuburnya di hiasi taman bak taman syurga, Yang dijauhi dari azab seksaan kubur, Yang diterangi cahaya keimanan, Yang dilapangkan keadaanya. Moga mak menerima hadiah yang cek hantar saban hari buat mak..Moga hadiah itu menerangi mak.. InsyaAllah.. moga rindu kita bertamu kelak.. Moga Allah mengurniakan Jannatul Firdaus buat mak insan yang paling mulia..Begitu juga buat Arwah Ba, Mak Chak, Tok Wan, Nek, Zul dan seluruh muslimin yang telah pulang kepadaNya, Al Fatihah buat mereka...
Ini bukan anniversary yang perlu di rai, tapi adalah hari yang aku geruni..Mak Bukan Dalam Kenangan, Tetapi Mak terus kekal dalam hati.. sampai mati...Ya, satu hari nanti...

Buat yang masih punya mak, jadilah anak yang terbaik buat mak, berbaktilah pada mak ayah sementara masih berpeluang kerana aku dah takdak peluang itu. You know what, it does not feel good..Really not good! Kosong itu tidak akan berganti walau di gadai harta selori.. Berbaktilah pada orang tua.. Jalan syurga ada pada mereka.. Carilah keredhaan Allah dan restu kedua ibu bapa.. Hidup lebih mulia.. Waallahualam..


**** im not good with words lately. maaf jika ada yang tak kena di mana2, ini hanyalah nukilan dari hati kecil yang merindui Mak.. Tiada kaitan dengan orang lain...