Friday, March 6, 2015

M.A.K

Kasih Mak


6.3.2014

Its been a few months, rutin harian aku berubah. Sejak 11.11.2013, mak di masukkan ke hospital kerana mengalami stroke ke 3.  First attack was 8 years ago yang menyebabkan dia lumpuh di bahagian kaki dan tangan kanan.  2nd pulak on 2012, lidah dia bergulung dan tak boleh berbicara. Sekarang mengalami strok yang ke 3. Di mana, mak berada di dalam koma. Tak sedar. Doktor kata, ada pendarahan di kedua dua belah otak.  Doktor cadangkan untuk menjalani pembedahan akan tetapi tiada peluang untuk pulih seperti biasa. Mak mungkin akan terus koma.With operation or no operation, mak tetap dalam keadaan koma. Both brains totally disfunctioned. Decision has to be made... Kami sepakat 5 adik beradik untuk tidak menjalani operasi. Keputusan yang paling berat pernah aku buat se entire hidup. Bukan tidak mahu merawat mak, tapi peluang itu sangat tipis malah ada risiko yang lebih besar jika kami setuju dengan pembedahan itu. Yang sebenarnya, Doktor kata mak dah tak dah harapan. She's getting worst. Pendarahan tu semakin teruk. Kami hanya perlu berdoa pada Allah untuk mempermudahkan urusan mak. 'DIL & DNR'.  Two new words diperdengarkan. Mak diklasifikasikan sebagai pesakit yang ' Death In Line & Do Not Resassitate'. Atau bahasa yg lebih memahamkan, mak hanya menunggu masa untuk di jemput pulang oleh Allah. How am i suppose to feel? How am i going to sign the paper? Seluruh langit runtuh menghempap dada. Aku tak dapat menanggung rasa sakit dan hiba ini. It tooks me two days to sign the paper. Aku hilang jiwa. Terasa sepi tak bertepi, mak yang aku sayang, yang aku sanjung, yang aku kasihi akan pergi.. pergi buat selamanya..Ya aku bertuah, kerana aku ada peluang yang singkat itu untuk aku manfaatkan secukupnya. Buat seketika aku lemah, namun bila memandangkan tubuh mak yang terbaring kaku di wad C6, aku perlu bangun dan mencari kekuatan. Ajal maut di tangan Tuhan. Biarlah di kali ini, aku merebut peluang ini. Menjaga mak selama mana yang di izinkan. Hampir sebulan lebih aku berkampung di hospital, aku tinggalkan kerja, anak dan suami demi hanya untuk mak.. Tq husband, kerana mengizinkan isteri mu..kerana memahami aku sayang mak..kerana memahami aku mencari keredhaan Allah dan keampunan mak ,

Akhirnya kami memutuskan untuk membawa mak pulang ke rumah. Rumah mak. The place that she really wish to be when the times come. I took  her home. Allah sebaik baik Pelindung. Semuanya berjalan dengan lancar. Mak dah tak perlukan oksigen. Keadaan paru-paru sudah stabil. But still tak sedarkan diri. Doktor ramalkan mungkin mak boleh bertahan dalam sebulan tetapi Kuasa Allah tiada tandingannya. Hampir 3 bulan. Mak masih bertarung nyawa and she is still alive. Keadaan kian merosot seperti yang di jangkakan. Im not that strong, a few complicts between siblings, u know here and there.. Lumrah dalam adik beradik. Dan sebenarnya Allah tengah menduga kami.. itu yang kami sedang hadapi.. kami tak nampak.. but at last We make peace to each other for the sake of Mak..Alhamdulilllah..

Dan di saat ini, aku sedang merenung wajah mak yang kian di mamah usia. Nafas kian tak sekata. Yang pastinya SPO2 mak semakin menurun. Paru- paru dah semakin perlahan.Pagi ini, rasa yang paling aku takuti kembali merudung jiwa. Rasa 'tak sedap hati'. The rasa or instinct yg paling aku nak avoid. Sini sana tak kena. Aku sepatutnya masuk office sekejap untuk settle a few things. But aku patah balik, rasa itu semakin membunuh jiwa. i just wanna be here dengan mak. Please don't leave me yet mak. Im not ready..
Aku bermunajat pada Allah; Jika waktu ini telah tiba Ya Allah, maka bawalah mak pergi dengan cara yang paling halus dan janganlah kau sakitinya. Kau permudahkanlah urusan mak di dunia. Dan... aku bermohon padaMu Ya Allah, hanya secebis peluang, biarlah yang terakhir itu aku berada di sisi mak. Amin. My Last Doa. Itu saja..

Rumah mak tak putus orang datang menziarah mak.  Ayat ayat suci tak putus di laungkan. Usai solat Isyak (malam Jumaat ada bacaan Yassin di surau bawah) aku jemput Ustaz Mokhtar untuk datang membuat bacaan Yassin sekali lagi di dalam rumah. Selesai semua, keadaan mak yang pada asalnya tegang, kian kendur. Nafas kembali senada. Aku bersyukur. Namun rasa itu makin menghimpit rasa.

10.15pm.

Kakak aku yang sulung duduk di hujung katil mak. Aku ada di sisi mak. Kami berdua bungkam sambil memandang wajah mak. Dia nampak tenang seolah tidur. Makin lama aku perhatikan, dada mak sudah tidak berombak. Bingkas aku merapati mak. Lafaz syahadah aku laungkan. " Makkkkkk.. La Ila Ha illaallah..Mak ikut cek mak.." Aku pangku mak.. " Makkkk, La ila Ha illaallah..ikut cek mak..cek tau mak dengaq" Pada Bacaan yang ketiga, aku dengar suara mak.. " Haaaaaa...." Halus di hujung nafas.. Nafas yang terakhir.. Aku periksa nadi dan pernafasannya.. Aku peluk mak sekuat hati.. " Makkkkkkkkkkkkkk.......... Kakna, mak tak dah.. mak tinggai cek dah!!!"  Jantung aku terhenti, tangisan kian kuat... Beratnya hati.. untuk aku lafazkan " Innalillahhi wainna ilaihi rojiun....." Mak dah pergi buat selama lamanya..
 Sekelip mata semua adik beradik yang lain, saudara mara jiran tetangga memenuhi ruang rumah. Aku masih kaku.. Ini lah waktu yang paling aku takuti. Kehilangan! I was there with her till her last breath. Ya Allah, Maha pengampun dosa dosa besar dan Maha Memakbul segala doa.. Aku terjelopok di sudut rumah.. Mak dah pergi.. Pergi buat selamanya... Hanya tangisan yang mengisi ruang.. Bukan menentang takdir, namun hati ini terlalu hiba... Allah..

6.3.2015
It tooks me a year untuk tulis benda ni. Hati tak cukup kental dan kekuatan itu kian luntur saat aku ingin memenakannya. Sukar.Teramat sukar. Satu patah perkataan yang di taip turun bersama titisan air mata rindu. Aku rindu pada mak..  Hari ni aku tekad. To Done the undone..
Aku tahu aku bukan seorang anak yang baik..Tapi semampu mungkin aku pikul tanggungjawab itu. Sedikit pun aku tidak kesalkan.  Dari menjaga mak di hospital hinggalah menjaga mak di rumah, mandikan jenazah mak, dan kafankan mak..Tidak akan aku runguti malah aku lebih sesali, aku belum puas berbakti pada mak.. Jasa mak tidak terbalas, kasih mak tiada galang ganti... Aku rindu gelak tawanya, aku rindu belai manjanya, aku rindu mak menjadi mak.. Aku rindu masakannya, aku rindu semua semuanya... Sejak arwah ba meninggal dunia pada 1997, mak yang menggalas tugas membesarkan kami.. Aku tahu bukan senang untuk mak harungi semuanya. Tapi aku tau mak memang kuat. Mak kuat sebab mak percaya pada kuasa Allah, mak sangat menjaga solatnya, mak sentiasa isikan masanya dengan mengaji..  Subhanallah, Allah hadiahkan aku seorang ibu yang sangat baik.. 3 perkara yang akan selalu aku ingat ' Sad Ba Ro' , ' Ingat Allah', 'Jadi baik'.. The most 3 words yang always comfort my ears. Dari kecik sampai besar.. Waktu jenazah mak di kafankan, ramainya jiran tetangga hadir. I was not expecting  sebegitu ramai. Those feelings were priceless..  Aku senyum dalam duka..  Benarlah kata mak , Buat baik, semuanya akan jadi baik... Buat tak baik, maka tak baiklah semuanya..

ok, Setahun sudah... Moga Mak berada dikalangan orang beriman yang sentiasa dilindungi Allah. Yang kuburnya di hiasi taman bak taman syurga, Yang dijauhi dari azab seksaan kubur, Yang diterangi cahaya keimanan, Yang dilapangkan keadaanya. Moga mak menerima hadiah yang cek hantar saban hari buat mak..Moga hadiah itu menerangi mak.. InsyaAllah.. moga rindu kita bertamu kelak.. Moga Allah mengurniakan Jannatul Firdaus buat mak insan yang paling mulia..Begitu juga buat Arwah Ba, Mak Chak, Tok Wan, Nek, Zul dan seluruh muslimin yang telah pulang kepadaNya, Al Fatihah buat mereka...
Ini bukan anniversary yang perlu di rai, tapi adalah hari yang aku geruni..Mak Bukan Dalam Kenangan, Tetapi Mak terus kekal dalam hati.. sampai mati...Ya, satu hari nanti...

Buat yang masih punya mak, jadilah anak yang terbaik buat mak, berbaktilah pada mak ayah sementara masih berpeluang kerana aku dah takdak peluang itu. You know what, it does not feel good..Really not good! Kosong itu tidak akan berganti walau di gadai harta selori.. Berbaktilah pada orang tua.. Jalan syurga ada pada mereka.. Carilah keredhaan Allah dan restu kedua ibu bapa.. Hidup lebih mulia.. Waallahualam..


**** im not good with words lately. maaf jika ada yang tak kena di mana2, ini hanyalah nukilan dari hati kecil yang merindui Mak.. Tiada kaitan dengan orang lain...

No comments:

Post a Comment