Sunday, January 11, 2015

“Think Good, Do Good & Be Good”

Bismillahirrohmanirrohim…

Huwarghhhhhh, lama gila nak masuk 3rd entry ni. Otak ligat nak karang sana sini tapi masa x mengizinkan. Sibuk sana sini mengalahkan Perdana Menteri (he got time to play golf! Ahakss jangan carut mak!) Al maklum lah tahun 2015 ni umpama restart Mom’s career untuk aku. Oh Finally aku jd Emak Sepenuh Masa! Hurmmmm sangat mencabar. Sampai tercabar tercalar emosi akak. Tak mengapa, pekerjaan ini lah yang paling mulia. MekJah kuat, I ken du it!

Lately emosi MekJah banyak terganggu, doing a lot of thinking! Cik Imsonia datang melawat. Dok bertahan n lawan xmo makan ubat. Terbeliak biji mata sampai 4 pagi. Pagi nya jadi kungfu Panda. Oh eyebag sebesaq alam. Ok sudah jom berbalik kepada topic utama kita. 

“Think Good, Do Good & Be Good”


Aku ni dulu sangat negative orangnya, apa yang aku buat akan aku back up kan plan if plan induk x menjadi. Takdak pernah aku pikiq positif.  Semua benda aku back up kan. Ada sampai tahap seorang HAmba Allah ni sound aku pepat kat muka “ Awat u ni negative sangat? Apa yg u pikiq n sebut tu umpama doa. Sebab tu la apa yang u buat semua x menjadi. Dalam otak dok Nampak hasil x menjadi ja. Ubah!!!!”  ha sampai lagu tu la aku kena tengking.. Yang sound bukan calang2 orang. Terpempam seketika umpama kena langgar dengan treller siput babi.  Dayuummmm…

Makanya,Sejak dari itu lah aku mula mencari, menggali, menggerudi the power of being a POSITIVE person. Bukan mudah! Susah! Sebabnya aku dah terjebak jauh kedalam lombong negative. Zarah2 menarik2 aku supaya jangan berubah. Aku kutip sikit2, dari semua org yg aku jumpa yg aku rasa depa ‘world’, yang cool, yang beriman, yang baik dan yang chillax. But still x boleh mengubahkan aku. Masih ada negative macam dulu.

Sampai la satu hr tu aku terbuka tv, aku tertengok satu program by Prof Dr Muhaya! Yes she did totally changed my way of thinking in handling situation.  Think Good, Do Good & Be Good.Tusuk dalam hati yg paling kecil. Jarang sekali aku layan program motivasi islam ni. Ternganga la aku depan Tv.  Aku dah jumpa formula yg aku cari2 selama ni. Yes, I did.

Think Good : Pikiq yang baik2. Jaga Nawaitu. Jangan Pikiq yang bukan2.

Do Good : Bila dah pikiq yang baik2, makanya perbuatan kita automatic akan jd baik!

Be Good : Hat ni kita x payah buat apa. Kalau amalkan dua yg di atas, secara rasminya kita akan jadi orang yang baik!


MasyaAllah , betapa simple punya solusi, umuq 30 tahun br nak dapat nikmat mcm ni. Subhanallah.. Benarlah janji Allah, jika hati mencari kebaikan, maka terhidanglah segala kebaikan di hadapan mata. Walau di timpa musibah, yang di lihat juga adalah kebaikan bukan kecelakaan. Allah. Patut arwah mak slalu pesan.Sabar, Jaga niat.  Hurmmmmm.. lambat pick up!

Orang yang positif ni, dia lihat semua perkara positif. Apa situasi sekali pun lah. Contoh macam banjir baru2 ni kat kelantan, Tertengok satu pic makcik yg solat atas atap zink. Umah dia habis hanyut di bawa arus. Dia minta sepasang telekong n sejadah ja nak buat sembahyang. Allah.. Berderai air mata aku.. "Sikit saja Ujian ni dr Allah, mokcik Redha." Oh mokcik.. kuatnya Iman Mokcik! Ni crita benar dr page YM Raja Shamri. Aku menangis teresak2  kat laki aku. Rasa diri kecik gila.. Ya, mungkin aku x sampai lagi level tu, tp Alhamdulillah. Kesedaran yg cenggitu yg aku perlukan. Makanan jiwa. Selalu khilaf dan bersyukur pada Allah, Tuhan pemberi segala Nikmat! Moga hubungan aku dengan Allah swt juga turut terpelihara. 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, kerana dengan itu pemikiran aku totally switch 360 degree, aku lbh banyak bersabar, tidak bergopoh, lebih banyak penaakulan, dan lebih lebih lebih sensitipnya. Sebenarnya kan,  hati lebih tenang.. lebih cool… lebih cepat terusik.. lebih cepat mentiskan air mata.. Hati kecil mula memainkan peranan. Hurmmmm..

Hokey lah.. I strongly recommend usrah n program by Prof Dr Muhaya. Kepada yang sedang mencari2 jawapan realistic tentang kehidupan di zaman moden berkonsepkan Islam Yang Benar boleh lah merujuk kepada program Prof or buku2 dia yg banyak di jual di MPH or Popular BookStore. Bagi aku, penyampaian dia sangat mudah, senang di pahami, dan senang untuk dipraktikkan. Moga Allah berikan ganjaran buat Prof untuk ilmu dan hidayah ini. InsyaAllah MekJAh akan manfaatkan ilmu ini sebaik mungkin. Amin.

“ Carilah hidayah untuk menuju kepada Allah, kerana Janji Allah adalah benar”


Barakallahu feekum.




No comments:

Post a Comment