Sunday, January 18, 2015

Resepi LAKSA PENANG versi Che HATIA

RESEPI LAKSA PENANG versi CHE HATIA


Salam... Baca heading ja dah buat pecah ayaq liuq dalam mulut. Belum tengok pic lagi, uhhh dan belum rasa lagi.. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... (sengaja nak kasi panjang ayaq liuq)

Seriously, im a big fan of L.A.K.S.A. Orang Penang kata HANTU LAKSA!! Hahahahahahah..  Aku boleh makan bermangkuk2 bertingkat2. Serious. Sangat serious. Tetapi..... ha.... Ianya mestilah laksa yg tersedap n terpower di saentero dunia. Remember, im a food Hunter????( angkat kening berkali2, feeling zena zen. Huhuhuhu Harus!) Memang banyak orang meniaga  laksa. Tapi x semua yg power mawer.

I can highly rekemen kat ampa semua if nak mai penang nak makan laksa yg Halalan Toyyiba 1st ranking dpt kat laksa Pantai Shamrock. Depa meniaga weekend ja. Tpi lani xtau ada lg ka dak. 2nd i bagi kat Laksa Air Itam. Pakcik tu chill ja dia niaga. 3rd i bg laksa padang  kota lama.. sebelah ayaq nyoq kat medan selera situ. Memang taste depa sema sangat 'So' Penang (manis, masam, cukup rasa).

Oleh disebabkan lidah MekJah yg terover demand good taste, i promise to myself yg i akan buat sendiri Laksa Penang. Nope, tak pernah buat seumur hidup!!!Suka makan sahaja, tapi x pernah ada will power nak memasak nya. Sebabnya mind dah di set nak buat laksa memang renyah n payah. So lets assume ini antara misi 2015. To Done The Undone ( betoi ka english aku???) But ni adalah resepi tradisi Makcik i yg walawehhhh.. Mak Cik Hatia!!!

Mari mulakan...........

Bahan Bahan ( Resepi untuk Satu Periuk Besaq - 20 pax)

Laksa - 3 paket ( terserah yg basuh or yg perlu direbus )
Ikan Curut - 2 kilo
Cabai Boh - 1 cawan( ikut kepedasan yg ampa nak la)
Asam Jawa - di cairkan ke 1 mangkuk
Asam Keping - 10 keping
Daun Cenohom - segenggam besaq
Lengkuas - seketul
Serai - 6 batang
Bunga Kantan - 2 batang ( ambil batang sahaja n bebarapa kelopak sahaja) yg bunga habuan                                                     tabuq sebagai hiasan
Bawang Besar -5 biji yg besaq2 ( di kisar halus)

Cara 1 ( Ikan)
Bersihkan Ikan. Rebus ikan sehingga masak. Asingkan air rebusan dan ketepikan. Air itu akan digunakan.  Isi ikan di perisi/ di buang tulang. Ingat ambik isi sahaja. Keseluruhan isi ikan itu di blend sehingga di yakini halus dr mata kasar.

Cara 2  (Memasak Kuah)
1. Isi ikan dicampur gaulkan bersama cabai boh di dalam periuk.  Masukkan sekali serai yg dititik, lengkuas yg di katok2, daun cenohom, batang bunga kantan di katok2, kelopak kantan,asam keping, air asam jawa berserta air ikan. Kacau rata baru buka api dapuq. Didihkan semua bahan.
2. Bila dah mendidih masukkan Bawang besar yg dikisar. Selepas seketika masukkan perasa ( garam, gula, pak aji ) ikutlah rasa lidah ampa. klu kurang masam,tambahkan air asam jawa or asam keping lg. Ampa balance kan mengikut kesesuaian. Kalau terlebih pekat, masukkan air panas lg. Taraaaaa... Kuah siap...

****** AWAS!!! resepi ini akan mengeluarkan BAU bauan yg sangat harum sehingga boleh mendatangkan jiran tetangga ke rumah anda dan bertanya " wahhhhh, masak laksa ka.. wanginya.. sampai rumah kami bau!!!" Anda paham bahasa itu. Tak rugi masak banyak2, boleh bg kat jiran tetangga.kekekeek...

Ampa basuh or rebus laksa. Masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah dan hiaskan dia bersama timun, daun salad, cabai,cabai melaka, bunga kantan. Tuang sikit Otak Udang/ Eko, Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh anda memang seorang tukang masak LAKSA yg handal. Meleleh ayaq liuq. Sila jemput makan bermangkuk2...


                                Gambaq meleleh ni ja yg sempat snap td. Tak sabaq nak telan dah!






                                                 Di antara bahan bahan dia la... ( ihsan google)


Konklusinya, Tak susah pun buat laksa ni. Part yg renyah tu tang nak perisi ikan ja.. Lepas tu umpama main zero point la.. point point dok p dah. I masak benda ni less than an hour. setengah jam gitu. I dah makan 7 mangkuk dr petang sampai tat sat. Hantu kan I??

Selamat mencuba resepi Che Hatia yg simple meletops ini. Ingat ya, masak dari hati baru hasilnya menjadi. InsyaAllah.. Bai Bai.. Wassalam..

Sunday, January 11, 2015

“Think Good, Do Good & Be Good”

Bismillahirrohmanirrohim…

Huwarghhhhhh, lama gila nak masuk 3rd entry ni. Otak ligat nak karang sana sini tapi masa x mengizinkan. Sibuk sana sini mengalahkan Perdana Menteri (he got time to play golf! Ahakss jangan carut mak!) Al maklum lah tahun 2015 ni umpama restart Mom’s career untuk aku. Oh Finally aku jd Emak Sepenuh Masa! Hurmmmm sangat mencabar. Sampai tercabar tercalar emosi akak. Tak mengapa, pekerjaan ini lah yang paling mulia. MekJah kuat, I ken du it!

Lately emosi MekJah banyak terganggu, doing a lot of thinking! Cik Imsonia datang melawat. Dok bertahan n lawan xmo makan ubat. Terbeliak biji mata sampai 4 pagi. Pagi nya jadi kungfu Panda. Oh eyebag sebesaq alam. Ok sudah jom berbalik kepada topic utama kita. 

“Think Good, Do Good & Be Good”


Aku ni dulu sangat negative orangnya, apa yang aku buat akan aku back up kan plan if plan induk x menjadi. Takdak pernah aku pikiq positif.  Semua benda aku back up kan. Ada sampai tahap seorang HAmba Allah ni sound aku pepat kat muka “ Awat u ni negative sangat? Apa yg u pikiq n sebut tu umpama doa. Sebab tu la apa yang u buat semua x menjadi. Dalam otak dok Nampak hasil x menjadi ja. Ubah!!!!”  ha sampai lagu tu la aku kena tengking.. Yang sound bukan calang2 orang. Terpempam seketika umpama kena langgar dengan treller siput babi.  Dayuummmm…

Makanya,Sejak dari itu lah aku mula mencari, menggali, menggerudi the power of being a POSITIVE person. Bukan mudah! Susah! Sebabnya aku dah terjebak jauh kedalam lombong negative. Zarah2 menarik2 aku supaya jangan berubah. Aku kutip sikit2, dari semua org yg aku jumpa yg aku rasa depa ‘world’, yang cool, yang beriman, yang baik dan yang chillax. But still x boleh mengubahkan aku. Masih ada negative macam dulu.

Sampai la satu hr tu aku terbuka tv, aku tertengok satu program by Prof Dr Muhaya! Yes she did totally changed my way of thinking in handling situation.  Think Good, Do Good & Be Good.Tusuk dalam hati yg paling kecil. Jarang sekali aku layan program motivasi islam ni. Ternganga la aku depan Tv.  Aku dah jumpa formula yg aku cari2 selama ni. Yes, I did.

Think Good : Pikiq yang baik2. Jaga Nawaitu. Jangan Pikiq yang bukan2.

Do Good : Bila dah pikiq yang baik2, makanya perbuatan kita automatic akan jd baik!

Be Good : Hat ni kita x payah buat apa. Kalau amalkan dua yg di atas, secara rasminya kita akan jadi orang yang baik!


MasyaAllah , betapa simple punya solusi, umuq 30 tahun br nak dapat nikmat mcm ni. Subhanallah.. Benarlah janji Allah, jika hati mencari kebaikan, maka terhidanglah segala kebaikan di hadapan mata. Walau di timpa musibah, yang di lihat juga adalah kebaikan bukan kecelakaan. Allah. Patut arwah mak slalu pesan.Sabar, Jaga niat.  Hurmmmmm.. lambat pick up!

Orang yang positif ni, dia lihat semua perkara positif. Apa situasi sekali pun lah. Contoh macam banjir baru2 ni kat kelantan, Tertengok satu pic makcik yg solat atas atap zink. Umah dia habis hanyut di bawa arus. Dia minta sepasang telekong n sejadah ja nak buat sembahyang. Allah.. Berderai air mata aku.. "Sikit saja Ujian ni dr Allah, mokcik Redha." Oh mokcik.. kuatnya Iman Mokcik! Ni crita benar dr page YM Raja Shamri. Aku menangis teresak2  kat laki aku. Rasa diri kecik gila.. Ya, mungkin aku x sampai lagi level tu, tp Alhamdulillah. Kesedaran yg cenggitu yg aku perlukan. Makanan jiwa. Selalu khilaf dan bersyukur pada Allah, Tuhan pemberi segala Nikmat! Moga hubungan aku dengan Allah swt juga turut terpelihara. 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, kerana dengan itu pemikiran aku totally switch 360 degree, aku lbh banyak bersabar, tidak bergopoh, lebih banyak penaakulan, dan lebih lebih lebih sensitipnya. Sebenarnya kan,  hati lebih tenang.. lebih cool… lebih cepat terusik.. lebih cepat mentiskan air mata.. Hati kecil mula memainkan peranan. Hurmmmm..

Hokey lah.. I strongly recommend usrah n program by Prof Dr Muhaya. Kepada yang sedang mencari2 jawapan realistic tentang kehidupan di zaman moden berkonsepkan Islam Yang Benar boleh lah merujuk kepada program Prof or buku2 dia yg banyak di jual di MPH or Popular BookStore. Bagi aku, penyampaian dia sangat mudah, senang di pahami, dan senang untuk dipraktikkan. Moga Allah berikan ganjaran buat Prof untuk ilmu dan hidayah ini. InsyaAllah MekJAh akan manfaatkan ilmu ini sebaik mungkin. Amin.

“ Carilah hidayah untuk menuju kepada Allah, kerana Janji Allah adalah benar”


Barakallahu feekum.




Tuesday, December 9, 2014

DIARI SEORANG IBU PART TIME

aSSalamualaikum..


Cepat betoi dah bulan doblas. Ni baru second entri mekjah. Mekjah x brapa senang kebelakangan ini.
Al maklum lah, Mekjah buat macam2 kerja. Asal barang datang hasil yang halal, akan ku kerjakan.
Secara umumnya semo orang tau aku ni buat Pembuat Akaun ( bukan chatered nah). Hanya berpengalaman dan memanfaatkan ilmu yang ada pada bisnes orang lain. Bekerja dengan 5 orang Bosses. Freelance. So aku bebas dan tidak terikat dengan mana2 badan. Ada kelebihan ada kekurangannya. Benefit2 macam kwsp socso sema tu aku xdpt rasa la. tapi yg lebih nya, kerja ikut masa aku la kecuali ada call for meeting or urgent matter aku kena pi.

Selain dari pembuat akaun, aku juga ada buat kerja admin, aku Juai Tudung ( KZ HIJAB), aku juai perfume ( J PROFUMO ), aku buat food catering, aku buat keta sapu, aku buat online surveys, aku meniaga kuih, nak suh renovate rumah pun aku buat. ahhahaha.. Asal barang datang untung walaupun ciput aku buat. Aku tapau.  Psssttt : Aku dulu Subtitle Translator untuk Filem dr luar negara selama 2 tahun untuk penanyangan di siaran Astro. Hahahaha.. macam lawak kan. Job tu yg paling happening. Home Based. Buat kerja x payah mandi.no boss to surpervised aku. kerja dengan dateline. Epic! Best!
Aku pun pernah kerja sebagai Florist kat Rasa Sayang Hotel under Flower Series ( Hak Milik Rizal). Dari situlah aku dapat skill menggubah bunga hidup. walaupun x mantap, ada jugak hasilnya.  Multi talented tak manusia yg bernama Mek Jah ini?? hurm poyo kan..

Pekerjaan yang paling unggul sekali, adalah sebagai seorang isteri dan seorang emak.Masih belum Full time. Aku masih Part Timer. Kenapa aku tulis mcm tu??  Hanya meluangkan masa dengan dengan depa 4-5 hours a day, tolak waktu tidur. Siang hari masing2 buat hal masing2. Senja hari baru berkumpul. Alhamdulillah aku dah set/fix rules di mana dinner memang compulsory bertiga.  Dinner la tempat kami together2, gelak ketawa, hentam menghentam,dan sebagainya. Kecuali klu ada hal hal tertentu la. So far alhamdulillah kami masih mengikut rutin itu. Namun aku rasa belum masih CUKUP.

InsyaAllah soon, akan di tambah nilai kan lagi kerjaya sebagai seorang emak sebab aku dah decide untuk menjaga anak aku sendiri tanpa bantuan nanny/penjaga. Qaleeda perlukan aku, dan aku perlukan Qaleeda. Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan mutlak pada aku supaya tidak mudah putus asa dalam mendidik dan membimbing dia menjadi umat manusia. Di dalam setiap keputusan perlu ada pengorbanan. Akan aku simpulkan kelak kenapa aku pilih untuk menjaga Anak aku sendiri setelah 4 tahun di jaga pengasuhnya. Tak salah siapa2 pun, cuma aku yg pilih jalan ini. Jalan yang sepatutnya aku pilih sejak dulu lagi.

               " Anak adalah anugerah Tuhan. Peliharalah dia sebaik mungkin. Dan setiap anak itu di datangkan bersama rezekinya. Jangan pernah dikhuatiri. "



                                                          I - Mek Jah Karno                                          


                                             QALEEDA IZZ'DIKA BIN MOHD ROSIDI
                                              ( Keabadian Kekuatan Baba & Mama )



                                                       Encik Somi yang Sado sangat.
                                               ( Bercinta 8 tahun + Berkahwin 5 tahun )


**** Esok besday anak dara MekJah. Genap 4 tahun. Tak tau nak bg hadiah apa sbb dia kena grounded lani.. kekekekek..

Entries to release soon : Pengalaman Beranak Operation, Pengalaman bersama Arwah  mak di saat2 akhir hayat ( standby tisu siap2), Being a Friend n etc.. C u Soon..





Thursday, November 20, 2014

M.E.K.J.A.H.


Assalammualaikum waramatullah hiwabarakatuh....

Mekjah sesuci suci nya di dalam bidang blog ini..  Suka baca blog orang tapi baru lani nak buat blog sendiri. I am so yesterday. Kekekekek.. ( Nak buat blog gak, walaupun xdak orang nak baca ) Ter inspirasi dari wanita kecih nun gagah iaitu aidanoordin.blogspot.com a.k.a besfren mekjah dari kecik time sekolah dolu2.
Lets give some introduction...


NAMA : KATIJAH ZAINUL

NAMA SAMARAN : MEK JAH / MAK JAH ( Saya bukan orang Kelantan, tapi saya xtau why people panggil me Mek Jah. Saya selesa n eh why not?? teruskanlah.. tp makNgah i olls orang kelantan la. Tapi masih xdk relevannya di situ)

DETAILS :  Apa yang kalian perlu tau pasai MekJah??  Saya adalah orang besa besa saja yang adakala punya buah fikiran melampaui sasterawan negara ataupun menteri bendahara. Things beyond the boundaries. oh i love that. Tak pandai sangat tapi boleh la habuan nak meluah perasaan. Saya adalah penulis novel yang tidak pernah dihabiskan ( saya boleh menulis tapi keazaman saya tidak kental!!) semuanya terputus di tengah jalan.Penghabisannya semua nya ke Trash Folder. Eh ada satu lagi nukilan yg masih tersimpan rapi. Entah bila nak dibangunkan semula. Sedehhh.

Lets make it simple. Married to Abang Sado Sangat n ada anak pompuan yg sangat kental orangnya. Tidak kaya raya tapi InsyaAllah tinggi budi bahasa. Rakyat marhaen hat biasa biasa. Dan yg paling ulung saya hanya pinjaman DIA. Milik Yang Esa. Yang Satu.

InsyaAllah dengan kesempatan yg diberikan , saya akan memanfaatkan peluang ini untuk berkongsi rasa, ilmu,petua, pengalaman serta perkara yang baik untuk semua ( cari tambah saham akhirat. sambil selam teguk ayaq sekali). Arwah Mak saya pesan, kalau takdak benda yg baik nak cakap, lebih baik x payah cakap. So makanya, benda hat elok2 ja noh saya tulis..



                                                                  I - MEK JAH



Eh sat.... Im a food LOVER.. n of coz akan ada banyak entri pasai makanan. Dan mungkin resepi terlampau dari dapuq Mek Jah!!!!  Tunggu next entri wokehhhh..



Bai.. Wassalam...