RESEPI :ROAST CHICKEN MELETOP ( AYAM PANGGANG OVEN)
Roast Chicken Simple by MJ
Bahan:
1.
Seekor ayam (di cuci bersih bahagian dalam)
2.
Lada hitam kisar
3.
Garam secukup rasa.
4.
Mixed herbs dan Daun Dil ( kat tesco banyak
jual)
5.
Serbuk cili 1 sudu kecil
6.
Bawang putih selabu ( dikatok2 tanpa buang
kulit)
7.
Bawang merah sebiji ( di potong 4 )
8.
Carrot 2 batang (di potong memanjang)
9.
Ubi kentang 4 biji. (di potong 4)
10.
Minyak zaitun 4 sudu besar
Cara memasak :
1.
Sediakan satu mangkuk. Masukkan minyak zaitun,
lada hitam,mix herbs, daun dil, bawang putih,bawang merah,carrot, ubi, dan
garam. Gaul rata. Biarkan 5 minit untuk semua bahan mesra alam.
2.
Ayam di lumur lada ,garam, serbuk cili.. sapu
rata di bahagian luar dan dalam ayam. Ayam di letakkan di atas tray nak
membakar.
3.
Tuang bahan dalam mangkuk ke atas ayam.kesemua Bawang
putih, bawang merah, dan sedikit carrot di sumbat ke dalam bahagian ayam. Dan tutup
bahagian itu.
4.
Setelah menyusun lebihan carrot dan ubi sedia
untuk di bakar pada suhu 170 darjah celcius (heat atas bawah) menggunakan oven. Selama 1 jam 30 minit. ( u olls bajet2 tengok masak ke idak. Lain
oven lain kaedahnya.)
5.
Selepas siap di bakaq, petua orang putih la..
jangan di potong ayam itu.. biarkan dia merehatkan diri 30 minit ke atas. Baru potong.
Baru jus n isi dia tender.. vavavom.. sila rujuk gambaq nah.. MJ buat coleslaw dan
kuah creamy black pepper. Ala2 ayam Daves Deli gitu..
Selamat Mencoba.. Kalau suka.boleh share. Mj
halalkan.
kaedah susunan MJ. i lapik aliminium foil supaya senang nak mencuci.
Meletops..Bila dah siap di bakaq..resting process..ada jus ayam, MJ guna buat masak sauce dia
Siap untuk di makan,, presentation MJ ala2 ja,, x brapa kebabom.. yang penting sedap, puas hati,.seekor ayam mmg x jadi apa.. family MJ gila ayam..kekeke..
Selamat mencuba.. boleh refer #MekJahMasak kat ig..
#Alhamdulillah